GAMBAR kiri wanita warga Thailand dan lakaran wajah lelaki yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam serangan bom di Bangkok.
GAMBAR kiri wanita warga Thailand dan lakaran wajah lelaki yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam serangan bom di Bangkok.
AP

Bangkok: Polis Thailand semalam mengeluarkan waran tangkap dan menyiarkan gambar seorang wanita tempatan serta lelaki asing ketika siasatan serangan bom di Bangkok dua minggu lalu diperluaskan.

Polis menyiarkan gambar wanita muda warga Thai yang memakai tudung hitam dan lakaran wajah lelaki yang tidak diketahui identitinya.

Perkembangan terbaru itu menyusul selepas polis menahan seorang lelaki warga asing di flat di sini pada Sabtu lalu dan menemui peralatan membuat bom termasuk peledak, galas bebola dan paip besi.

Dalam satu serbuan di sebuah flat berhampiran kelmarin pihak polis merampas sejumlah peralatan membuat bom lagi.

Jurucakap polis Thai, Prawuth Thavornsiri berkata, flat yang terletak di kawasan perumahan Min Buri disewa seorang wanita tempatan berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Wanna Suansun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 6:51 AM