Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di kawasan tertentu di Lembah Klang dan Selangor baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bantuan yang ditawarkan dalam bentuk diskaun bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan jumlah kerosakan ke atas kenderaan.

Pelanggan Perodua diminta menghantar kenderaan Perodua mereka ke pusat penyelengaraan Perodua yang terdekat. Terdapat 187 pusat penyelenggaraan Perodua di seluruh negara.

Perodua turut menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih kepada pemilik kenderaan Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Alat ganti termasuk peralatan elektronik dan tempat duduk kenderaan. Mereka yang terjejas boleh menghubungi talian bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan khidmat menarik kenderaan (tertakluk kepada terma dan syarat).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 7:22 AM