Syanty Octavia Amry

Dia antara pelakon yang kurang terpalit dengan gosip. Malah cara pembawaannya dalam bidang seni lakonan membuatkan pelakon genit, Sari Yanti, 30, sentiasa disenangi ramai orang.

Namun begitu, beberapa bulan kebelakangan ini nama Sari menjadi bualan hangat ekoran masalah rumah tangganya yang kini dalam proses perceraian.

Pun begitu, Sari atau nama penuhnya, Sari Yanti Mohamad Nazari bukanlah seorang yang cepat melatah malah dia lebih selesa memberi fokus dalam kerjaya berbanding berkongsi kisah rumah tangga.

Bertemunya di lokasi penggambaran drama bersiri Cinta Si Egois kelmarin, Sari berkata, demi menjaga hati semua pihak termasuk teman media biarlah dia hanya bercerita mengenai kerjaya.

"Kalau boleh saya tidak mahu terlalu ketengahkan sangat kisah peribadi," katanya ringkas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:00 AM