Courtois dilayang kad merah menentang Swansea. - Sportinglife
Courtois dilayang kad merah menentang Swansea. - Sportinglife

Chelsea gagal dalam rayuan mengubah keputusan Thibaut Courtois diarah keluar padang pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Swansea.

Keputusan FA England menolak rayuan menyebabkan Courtois terlepas beraksi pada perlawanan menentang Manchester City di Stadium Etihad, Ahad ini.

Penjaga gol utama juara bertahan EPL itu dilayang kad merah serta merta oleh pengadil, Michael Oliver selepas mengasari penyerang Swansea, Bafetimbi Gomis.

Chelsea mempertikai dakwaan Gomis dinafikan peluang terbaik menjaringkan gol kerana bola tidak menuju ke arah pintu gol ketika Gary Cahill berada dalam posisi selaku pemain pertahanan.

Kenyataan FA menyebut:"Penggantungan satu perlawanan terhadap kesalahan dilakukan oleh pemain terbabit adalah penalti biasa berkuatkuasa serta merta.”

Skuad Chelsea kendalian Jose Mourinho mendahului 2-1 di Stamford Bridge sebelum Courtois meluru keluar meninggalkan gawang sehingga menyebabkan pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti.

Posisi penjaga gol Belgium itu akan diambil alih oleh Asmir Begovic.

Courtois yang dipersalahkan atas kekalahan itu menulis tweeter selepas perlawanan:”Saya sedih kerana menghampakan pasukan’.

Mourinho enggan mengulas keputusan Oliver menjelang perlawanan menentang City.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 2:43 PM