Pasukan perubatan memasukkan mayat mangsa ke dalam kenderaan manakala gambar kecil ialah David Conley, 48, yang menembak mati lapan sekeluarga di Houston, semalam. - Foto AP
Pasukan perubatan memasukkan mayat mangsa ke dalam kenderaan manakala gambar kecil ialah David Conley, 48, yang menembak mati lapan sekeluarga di Houston, semalam. - Foto AP

Houston: Seorang lelaki yang mempunyai sejarah jenayah ganas didakwa membunuh beberapa jam selepas dia menembak mati dengan kejam satu pasangan suami isteri serta enam anak mereka dipercayai ada kaitan dengan perbalahan antara dia dengan wanita berkenaan, semalam.

Menurut jurucakap polis, Sarjan Craig Clopton, mangsa digari sebelum ditembak oleh David Conley, 48, dan ada mangsa yang ditembak beberapa kali.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Dewayne Jackson, 50, isterinya Valerie Jackson, 40, serta anak mereka Nathaniel, 13, Dewayne, 10, Honesty, 11, Caleb, 9, Trinity, 7, dan Jonah, 6.

Nathaniel dipercayai anak Conley hasil hubungan sulitnya dengan Valerie Jackson.

Timbalan Ketua Polis Houston Tim Cannon berkata: “Motif pembunuh ada kaitan berikutan perbalahannya dengan Valerie, bekas pasagannya.”

Polis mengetahui kejadian itu selepas selepas seorang saudara Valerie menghubungi polis supaya melakukan pemeriksaan.

Ketegangan berlaku beberapa jam antara polis dengan Conley sebelum lelaki itu menyerah diri.

Rekod mahkamah menunjukkan sejarah jenayah Conley sejak 1988 dengan yang terbaru bulan lalu, apabila dia didakwa menyerang. Dia juga beberapa kali ditahan kerana menyerang Valerie. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 8:02 PM