Oleh Muhammad Yusri Muzamir


Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi emerintahkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) untuk membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kes saman malu berhubung artikel disiarkan portal berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan, turut mengarahkan FMT membayar kos guaman RM30,000 pada kadar faedah sebanyak lima peratus setahun dari tarikh penghakiman.

Nordin turut mengarahkan FMT menarik balik artikel berjudul 'Guan Eng has failed, says NGO' yang disiarkan portal berkenaan pada 6 Disember 2013 lalu.

Nordin berkata, FMT dan Ketua Pengarangnya Nelson Fernandez, selaku defenden gagal membuktikan semua pembelaan statutori iaitu justifikasi, komen adil dan perlindungan bersyarat.

"Artikel ini melampaui sempadan komen adil, perlindungan bersyarat dan pelaporan iaitu tiada justifikasi di pihak defendan untuk menerbitkan tohmahan itu tanpa pengesahan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 12:10 PM