GELANDANGAN yang hadir ketika sambutan Hari Raya di Masjid Jamek.

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Ketika umat Islam lain sibuk menggayakan baju baru sempena Aidilfitri, golongan gelandangan, hanya menyambut lebaran dengan pakaian lusuh sehelai sepinggang.

Namun, kesedihan mereka diganti dengan keceriaan apabila Pertubuhan Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Kuala Lumpur mengadakan sambutan Hari Raya di Masjid Jamek, di sini, semalam dengan menyajikan pelbagai juadah termasuk menyediakan baju raya.

Uniknya sambutan ini dibuat jam 5 pagi iaitu waktu sesuai ketika gelandangan bangun mencari rezeki.

Seorang gelandangan dikenali sebagai Amin, 27, begitu kepingin berbaju Melayu lengkap walaupun Aidilfitri sudah memasuki hari ke-10, semalam.

Dia antara 500 gelandangan menyambut hari raya seawal jam 5 pagi dengan disajikan juadah lemang, ketupat, rendang, kuih raya dan baju di masjid itu dengan dihadiri 100 sukarelawan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:15 AM