Oleh Mc Lly Adrian Simon


Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) Univeristi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Kem Eksklusif Sekolah Bitara (KESB) di sekolah Bitara UPSI bagi meningkatkan kemahiran insaniah ahlinya sebagai fasilitator unggul.

Program dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI itu membabitkan sekolah rendah dan menengah daerah sekitar Perak dan Selangor.

Program tiga hari dua malam itu membabitkan aktiviti seperti junggle tracking, night walk, Night Got Talent, Latihan Dalam Kumpulan dan ceramah motivasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:00 AM