MUSTAPA menatap gambar Mastura ketika ditemui di kediamannya di Ampangan,  semalam.
MUSTAPA menatap gambar Mastura ketika ditemui di kediamannya di Ampangan, semalam.

Seremban: “Sebelum keluar bekerja, Mastura akan berada di pintu jeriji rumah setiap hari untuk bersalaman selain bersungguh-sungguh memohon maaf.

“Kini setahun dia pergi meninggalkan kami, hanya pintu jeriji dipandang kerana terlalu rindukannya,” kata, Mustapa Abdul Samad, 84, bapa kepada pramugari kanan Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Mastura, 41, yang terkorban selepas pesawat dinaiki ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai tahun lalu.

Mustapa berkata, kehilangan anak bongsu daripada tujuh beradik itu ditangisi dan tanggal 17 Julai ini genap setahun pemergiannya.

“Aidilfitri kali ini bermakna lebaran kedua pak cik tidak bersama Mastura dan mengharapkan rohnya tenang di sana,” katanya ditemui di kediamannya yang di Ampangan, di sini, semalam.

Mustapa berkata, setiap kali Aidilfitri, arwah anaknya gemar memasak rendang ayam untuk dihidangkan kepada tetamu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:15 AM