LELAKI berkenaan memasuki sebuah kedai untuk mencari pelanggan membeli anaknya.
LELAKI berkenaan memasuki sebuah kedai untuk mencari pelanggan membeli anaknya.

Manchester: Seorang lelaki ditangkap selepas didakwa cuba menjual bayi perempuannya berusia tiga bulan kepada orang tidak dikenali dengan harga £1,000 (RM5,900).

Polis melancarkan gerakan memburu lelaki berusia 28 tahun itu selepas menerima laporan dia menghampiri tiga orang berbeza di bandar Manchester untuk menawar menjual bayi itu.

Kejadian berlaku di Barton Arcade apabila lelaki berkenaan mendekati orang tidak dikenali dan bertanya sama ada dia berminat membeli bayi itu.

Selepas tawarannya ditolak, lelaki terbabit meneruskan perjalanan dan menawarkan kepada dua orang supaya membeli bayinya.

Seorang saksi berkata, lelaki itu meminta wang £1,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:11 AM