KANAK-kanak yang ditemui merayau seorang diri. FOTO ihsan pembaca
KANAK-kanak yang ditemui merayau seorang diri. FOTO ihsan pembaca
Oleh NurSaliawati Salberi


Melaka: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan ditemui merayau seorang diri di Jalan Tun Perak, Melaka Tengah, 4.15, pagi tadi oleh orang awam.

Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh rakan ibunya selepas wanita itu ditahan polis Ahad lalu kerana memandu kereta dilaporkan dicuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, sepanjang tempoh itu kanak-kanak terbabit dijaga rakan serumah ibunya.

"Siasatan mendapati awal pagi tadi rakan ibu kanak-kanak itu membawanya keluar dipercayai untuk bersahur.

"Namun kami sedang jalankan siasatan untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak itu boleh dibiarkan seorang diri dan wanita yang membawanya keluar hingga kini gagal dihubungi," katanya.

Kanak-kanak itu akan diserahkan kepada neneknya yang tinggal di Paya Mengkuang, Alor Gajah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 3:54 PM