JURUTERAPI Spa Q-Meera melakukan rawatan wajah kepada pelanggannya.
JURUTERAPI Spa Q-Meera melakukan rawatan wajah kepada pelanggannya.
NORZILAH bersama kakitangan spa.
NORZILAH bersama kakitangan spa.
PAKEJ rawatan menggunakan rempah-ratus asli khusus bagi melegakan kepenatan badan.
PAKEJ rawatan menggunakan rempah-ratus asli khusus bagi melegakan kepenatan badan.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Hati terpaut sebaik melangkah ke Spa Q-Meera di Jalan Sungai Bertih, Klang, Selangor apabila disambut dengan senyuman mesra juruterapi spa yang jelas mengalu-alukan kehadiran setiap pelanggannya.

Layanan yang diterima bak seorang permasuri itu jelas membantu melegakan penat lelah dan melupakan pelbagai masalah yang bersarang di kepala sama ada yang berkaitan dengan masalah di tempat kerja mahupun di rumah.

Dengan senyuman dan layanan mesra diterima selain bauan harum aromaterapi pastinya membuatkan hati tidak sabar untuk merasai perkhidmatan yang ditawarkan di spa terbabit yang sudah ditubuhkan sejak 1996 lagi.

Menurut pengasas Spa Q-Meera, Norzilah Idris, dia sentiasa memastikan setiap pelanggannya dilayan istimewa supaya berasa selesa, sekali gus melupakan tekanan dialami.

Setiap wanita yang mengunjungi spa pasti untuk berehat dan menikmati perkhidmatan terbaik untuk melegakan kepenatan dan kekusutan.

“Selain berpengalaman luas kerana sudah menjalankan perkhidmatan spa selama 19 tahun, keistimewaan kami pada harga yang ditawarkan kerana ia amat berpatutan setanding kualiti perkhidmatan diberikan.

“Dengan hanya RM110, pelanggan boleh memilih sama ada mahu mengambil pakej Mawar atau pakej Melur. Pakej Mawar menawarkan lulur, sauna dan mandi susu manakala pakej Melur pula mengandungi urutan, sauna serta mandi rempah-ratus,” ujarnya.

Menurut Norzilah, harga ditawarkannya itu pasti tidak dapat dirasai di spa lain kerana rata-ratanya mengenakan harga melebihi RM200 untuk pakej sedemikian.

“Bagi saya, kepuasan dan keselesaan pelanggan perkara pertama yang perlu dititikberatkan. Dengan tawaran harga yang amat rendah ini, ia tidak membebankan pelanggan tidak kira bagi wanita berkerjaya mahupun suri rumah.

“Setiap juruterapi saya mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang ini dan pastinya khidmat kami memberi kepuasan kepada pelanggan,” katanya.

Norzilah berkata, dua pakej ditawarkan itu juga sesuai buat bakal pengantin serta wanita tidak mengira usia yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri.

“wwPada masa sama, kami turut menawarkan pakej selepas bersalin yang mengandungi rawatan mandi herba, urutan badan, tungku, mandi susu dan lulur dengan harga RM190 saja.

“Rawatan selepas bersalin itu bukan saja mampu melegakan kepenatan dan kesakitan selepas bersalin, malah dapat membantu mengurangkan berat badan yang menjadi antara masalah utama wanita selepas bersalin,” katanya.

Menurutnya, ia tidak semestinya dilakukan dalam tempoh berpantang, namun rawatan selepas bersalin itu sesuai dilakukan wanita yang mempunyai anak kecil dan sudah bersalin dalam tempoh kurang setahun.

“Setiap rawatan menggunakan herba daripada rempah-ratus asli yang tidak mendatangkan risiko kepada pelanggan.

“Sama seperti spa lain, kami menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dan kesihatan seperti rawatan wajah, urutan aroma, sauna herba, rawatan pelangsingan badan, rawatan selulit, andaman serta rawatan rambut yang semunya ditawarkan dengan harga berpatutan,” ujarnya.

Norzilah yang juga ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui, selepas bertapak selama 19 tahun, dia yakin pengalaman luasnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan yang berkunjung ke spa terbabit lantas tidak hairan, mereka mempunyai ramai pelanggan tetap.

Spa Q-Meera yang hanya menawarkan rawatan kepada wanita itu dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 7 malam dan Ahad melalui temu janji saja.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 12:25 PM