LEWANDOWSKI merembat bola ke gawang Georgia.
LEWANDOWSKI merembat bola ke gawang Georgia.

Warsaw: Penyerang Poland, Robert Lewandowski menjaringkan hatrik kedua tepantas dalam sejarah kelayakan Euro 2016 dalam tempoh empat minit ketika membelasah Georgia 4-0 dalam saingan Kumpulan D semalam.

Poland mendahului 1-0 apabila Lewandowski menjaringkan gol kedua pada minit ke-89, sebelum menjaringkan dua gol lagi pada akhir perlawanan, membolehkan Poland mendahului tiga mata dalam kumpulan itu.

“Ini kali pertama saya menjaringkan gol dalam tempoh yang singkat,” kata Lewandowski.

Kemenangan itu membawa Poland hampir ke Euro buat kali ketiga, dibantu kemenangan mengejutkan 2-0 ke atas pasukan pilihan, Jerman Oktober lalu.

Mereka mengumpul 14 mata hasil enam perlawanan mengatasi Jerman yang mengumpul 13 mata selepas menewasksan Gibraltar 7-0 sementara Scotland yang kini mempunyai 11 mata selepas seri 1-1 dengan Ireland.

“Pemain kami tidak menunjukkan rasa gentar menyerang kubu lawan,” kata jurulatih Poland, Adam Nawalka.

Pengurus Georgia, Kakhaber Tskhadadze berkata: “Poland bagaikan mesin malam ini dan pasukan ini mampu mencapai lebih banyak kejayaan.” - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 10:24 AM