N Shasangari (kiri) dan Koi Sie Yan memperagakan pingat yang dimenangi. FOTO Rosli Rahmat
N Shasangari (kiri) dan Koi Sie Yan memperagakan pingat yang dimenangi. FOTO Rosli Rahmat
Daripada Aziman Rosdi

Singapura: Buat pertama kali dalam sejarah Sukan SEA, acara gimnastik menyaksikan dua pemenang pingat emas dari negara sama.

Gimnas negara, N Shasangari Sivaneswary dan Koi Sie Yan meraih dua pingat emas sekaligus dalam acara yang sama selepas masing-masing mengutip jumlah mata tertinggi iaitu 60.250 mata dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan.

Tiada pingat gangsa dihadiahkan berikutan kemenangan dua gimnas Malaysia ini.

Pingat perak milik Panjarat Prawatyotin dari Thailand dengan jumlah 57.350 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:03 PM