Syed Mohamad  (tengah)  Mohamed Razeek dan Mohd Shukrie (kiri) meninjau Kapal Pengangkut Kenderaan, MV Zarah Sofia selepas pelancarannya di North Port, hari ini. FOTO Rosdan Wahid
Syed Mohamad (tengah) Mohamed Razeek dan Mohd Shukrie (kiri) meninjau Kapal Pengangkut Kenderaan, MV Zarah Sofia selepas pelancarannya di North Port, hari ini. FOTO Rosdan Wahid
Oleh Ikram Ismail


Pelabuhan Klang: Konsortium Logistik Berhad (KLB), anak syarikat Kumpulan DRB-HICOM melancarkan kapal pengangkut kenderaan ‘Roll-On/Roll-Off’ yang pertama di North Port.

Kapal MV Zarah Sofia itu akan memenuhi permintaan logistik kenderaan di Malaysia bagi penghantaran dari North Port ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif KLB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Saleh berkata, pihaknya komited untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dengan harga kompetitif.

"Kapal ini mempunyai kapisiti muatan sebanyak 2,500 kenderaan dan beroperasi dua hingga tiga kali sebulan dan sudah melakukan 14 penghantaran sejak 6 Disember tahun lalu,"katanya.

Menurutnya, selain logistik automatif, KLB turut menawarkan perkhidmatan penghantaran kontena, pengedaran, ejen penghantaran dan projek logistik.

Majlis pelancaran itu juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi DRB-HICOM, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza, Ketua Pegawai Operasi DRB-HICOM Datuk Mohamed Razeek Md Hussain serta pengurusan kanan kumpulan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:07 PM