KAKITANGAN Bank Rakyat bersama guru sekolah sekitar Daerah Timur Laut bergambar kenangan.
KAKITANGAN Bank Rakyat bersama guru sekolah sekitar Daerah Timur Laut bergambar kenangan.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Guru Sekolah Kebangsaan Francis Light (SKFL) muncul juara keseluruhan Pertandingan Bowling Persahabatan Sempena Sambutan Hari Guru 2015 anjuran Bank Rakyat Georgetown di Penang Bowl, Lebuh Farquhar di sini, baru-baru ini.

Pasukan diwakili Mahathir Md Sahak, Zalinah Sulaiman dan Farah Khasmi mencatatkan 926 jatuhan pin menerusi dua game, sekali gus mengalahkan 15 pasukan lain.

Tempat kedua dimenangi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut A yang diwakili Masuri Ramlee, Norazmal Khairy Mat Desa dan Fadzil Sadikin dengan 886 jatuhan pin. PPD Timur Laut B dengan Hasnan Nayan, Haron Alsomadi Md Kamal dan Look Keng Wai ketiga, 819.

Pemain terbaik individu turut dimonopoli SKFL apabila Mahathir mengungguli kategori lelaki dengan 343 jatuhan pin dan Zalinah, wanita, 301.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengurus Cawangan Bank Rakyat Georgetown Kamal Arifin Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 8:48 AM