CAI Lin waspada cabaran sengit Thailand, Singapura dan Vietnam.
CAI Lin waspada cabaran sengit Thailand, Singapura dan Vietnam.
Oleh Mohd Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Enggan meletakkan sebarang tekanan pada diri sendiri, ratu renang negara Khoo Cai Lin sekadar mahu mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lalu di Myanmar apabila turun dalam acara kegemaran 800 meter gaya bebas di Sukan SEA Singapura.

Walaupun bakal menyertai dua acara lagi, 200m dan 400m gaya bebas, perenang senior dari Selangor itu melihat peluangnya mempertahankan emas 800m gaya bebas lebih cerah selepas mengambil kira pesaing lain yang turut melakukan persiapan rapi menjelang temasya dwitahunan itu.

“Ketika ini semua persiapan berjalan lancar dan baik. Sasaran saya sudah tentu mahu pertahankan emas 800m. Kalau boleh acara 400m pun saya mahu menang, tapi tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu.

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik walaupun tahu cabaran dari Thailand, Singapura dan Vietnam juga kuat. Apapun, saya akan beri yang terbaik,” katanya pada pelancaran produk baru MILO Nutri G, di Bangsar, semalam.

Pada edisi dua tahun lalu, skuad renang negara sekadar membawa pulang empat pingat emas di samping gagal mencipta impak besar yang jelas dikuasai atlet dari Thailand dan Singapura.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 6:55 AM