Oleh Sudirman Mohd Tahir


Dirinya hari ini adalah cerminan segala catatan perjalanan yang dilalui. Bermula dengan watak sampingan, Shukri Yahaya, 27, kini punya nama dan peranan.

Kelebihan Shukri ialah dia mampu mencipta magis lakonan seperti dia karyawan berpengalaman. Bukan saja menjadi rebutan, malah namanya juga menjadi siulan.

Lakonan terbaru menerusi drama Dia...Isteri Luar Biasa bakal meletakkan Shukri di tempat yang diimpikan.

Sejak digandingkan dengan Dayana Roza dalam drama Asam Pedas Untuk Dia, Shukri memang jadi kegilaan.

Kali ini dia menjadi pilihan penerbit Ziela Jalil untuk dipasangkan dengan Nur Fathia Latiff yang memang terbukti berbakat sebagai pelakon.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 7:25 AM