KEADAAN di luar khemah mangsa banjir di padang sekolah di SK Guchil, Kuaal Kai.
KEADAAN di luar khemah mangsa banjir di padang sekolah di SK Guchil, Kuaal Kai.
Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Azlan Hafeedz

Kuala Krai: Biarpun mungkin berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), namun perasaan belas melihat ibu yang hanya berteduh di bawah khemah membuatkan remaja ini membatalkan niatnya semata-mata untuk bersama ibunya.

Remaja berkenaan, Nik Nur Natasha Arisa Nik Kamarulzaman, 18, yang memperoleh keputusan 4A daripada lima mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu mungkin membatalkan niatnya untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak sanggup melihat ibunya hanya berteduh di bawah khemah.

“Mungkin saya akan menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke IPT, namun setakat ini, saya fikir lebih baik saya batalkan dulu niat itu. Tidak sanggup rasanya membiarkan ibu dan adik tinggal berdua di bawah khemah.

“Biarpun kehadiran saya tidak banyak merubah keadaan, tetapi cukuplah asalkan ibu dan adik ada di depan mata, sekurang-kurangnya hati saya tidak bimbang memikirkan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui Wartawan Harian Metro, di sini, baru-baru ini.

Dia yang tinggal bersama kira-kira 12 keluarga lain di satu lokasi penempatan sementara selepas bencana banjir yang turut dikenali Bah Kuning melanda Kelantan, Disember lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 7:25 AM