Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sama sekali tidak akan mengabaikan Chong Wei Feng selepas pemain perseorangan negara itu diketepikan badan induk berkenaan untuk ke Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia pada 10 hingga 16 Ogos.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, hala tuju jelas sebenarnya sudah dimaklumkan kepada Wei Feng oleh Presiden Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sebaik pemain itu tidak disenaraikan ke saingan berprestij itu.

“Presiden sendiri sudah berbincang dengan Wei Feng mengenai tindakan yang diambil dan dia memahami rasional keputusan itu.

“Saya sudah berbincang dengan (Pengarah Teknikal) Morten Frost Hansen semalam (kelmarin) di Dongguan mengenai perkara sama.

“Frost ternyata memberi komitmen untuk membuat perancangan terbaik buat Wei Feng bagi memberi peluang untuknya layak beraksi di Sukan Olimpik,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:39 AM