Kuala Lumpur: Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) mencatatkan peningkatan bagi segmen perniagaan barunya sebanyak 26.4 peratus kepada RM340.1 juta untuk tahun kewangan 2014 berbanding RM269.2 juta tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, pencapaian itu hasil prestasi dan saluran pengagihan yang konsisten didorong oleh usaha pembangunan teknologi dan penyelesaian pelanggan.

“Tumpuan kami terhadap inovasi dan pelaksanaan strategi membolehkan kami berkembang pesat selama lapan tahun beroperasi.

“PruBSN masih lagi mendahului pasaran takaful keluarga berdasarkan perniagaan baru,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, syarikat memperkenalkan PruBSN Mobiliti untuk meluas dan memperkuatkan kecekapan saluran pengagihannnya dan penyelesaian jualan berasaskan tablet yang turut merevolusikan perniagaan PruBSN.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 7:56 AM