SELEBRITI dari kiri Debbie Goh, Razif Hashim bersama Pengurus Kanan Jenama Unilever, Shawn Tan dan Jojo Struys pada majlis pelancaran perisa baru teh tarik Lipton, baru-baru ini.
SELEBRITI dari kiri Debbie Goh, Razif Hashim bersama Pengurus Kanan Jenama Unilever, Shawn Tan dan Jojo Struys pada majlis pelancaran perisa baru teh tarik Lipton, baru-baru ini.
PENGUNJUNG dihidangkan dengan teh tarik Lipton.
PENGUNJUNG dihidangkan dengan teh tarik Lipton.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Teh O, teh ais, teh ais limau atau teh tarik? Bagi penulis, asalkan teh, semuanya menarik. Itu belum masuk teh yang diberi cita rasa baru dengan sentuhan serai atau buah-buahan segar yang menjadikan ia minuman sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Tidak kira apa pun cita rasa pilihan anda, namun asasnya masih sama. Kesegaran rasa teh akan lebih terasa apabila menggunakan daun teh yang diadun halus dan bermutu tinggi seperti keluaran Lipton.

Asal usul teh bermula pada abad ketiga dan ia hanya dinikmati secara eksklusif oleh orang berada. Bagaimanapun, usahawan dan pengasas kelahiran Glasgow, Sir Thomas Lipton mencipta nama dalam sejarah luar biasa ini dengan menghasilkan teh berkualiti yang mudah didapati pada harga berpatutan.

Visinya itu membawa kepada kelahiran teh Lipton dan sehingga kini semua orang berpeluang menikmati teh yang berkualiti.

Di Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian kaum, teh juga menjadi pengikat persahabatan dan keharmonian apabila ramai berkongsi cita rasa yang sama meskipun latar belakang kita berbeza.

Walaupun berbilang kaum, semua rakyat Malaysia berkongsi budaya umum yang sama-sama dinikmati oleh sesiapa saja dan semua peringkat umur, iaitu budaya ‘yum cha’ yang bermaksud minum teh.

Hari ini, tanyalah kepada sesiapa saja, tiada yang tidak rindu pada teh tarik apatah lagi bagi mereka yang merantau jauh. Di tanah air, pada bila-bila masa rakyat Malaysia menikmati secawan teh susu atau teh tarik, untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam atau bersama snek lewat malam.

Ada yang mengatakan bahawa secawan teh tarik paling nikmat rasanya jika digandingkan dengan nasi lemak. Namun bagi yang sukakan cita rasa ‘ringan’ mungkin berasakan teh O lebih enak dinikmati bersama skon dan kek.

Kini, untuk memeriahkan lagi minuman berasaskan teh, Lipton tampil dengan formula yang menarik. Teh Susu 3-dalam-1 Lipton kini hadir dengan formula yang lebih baik. Minuman ini lebih berkrim dan berbuih daripada sebelumnya.

Bahan dalam serbuk teh segera diperoleh daripada ekstrak teh mempunyai rasa teh yang seimbang dan menghasilkan buih dengan aroma menyenangkan. Ia juga disahkan Halal oleh MUI yang diiktiraf oleh JAKIM. Selain itu, kemanisan juga seimbang dengan teh dan susu sebenar.

Teh Tarik 3-dalam-1 Lipton dirumus dan disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia yang unik dan berbeza daripada negara lain. Selain itu, ia enak dinikmati sama ada panas, berais atau sejuk.

Teh Susu Klasik 3-dalam-1 Lipton mengandungi lebih banyak serbuk teh diseimbangkan dengan jumlah susu yang sama untuk menghasilkan teh latte tersendiri.

Lipton turut memperkenalkan perisa tambahan yang memenuhi cita rasa semua rakyat Malaysia iaitu Hazelnut dan Halia yang akan menambah kepelbagaian kepada Teh Susu 3-dalam-1 Lipton.

Untuk menarik minat pencinta teh susu generasi muda yang lebih mencabar dari segi rasa, perisa baru Teh Susu Hazelnut 3-dalam-1 Lipton menggabungkan rasa enak lemak kacang hazel.

Teh Susu Halia 3-dalam-1 Lipton pula menggunakan serbuk halia sebenar dalam adunannya bagi memberi rasa sebenar teh halia dan aromanya di samping memberi manfaat halia.

Dengan Teh Susu 3-dalam-1 Lipton, semua orang kini boleh menguasai seni teh tarik serta-merta, dan dengan mudah menikmati secawan teh yang baik, kaya dan penuh berkrim.

Pencinta teh kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk berehat dan menyemarakkan semangat mereka dalam apa juga cara yang mereka inginkan dengan campuran 3-dalam-1 mudah diadun daripada daun teh berkualiti Lipton ini.

Didatangkan dalam pek mudah 12 sachet, teh Susu 3-dalam-1 Lipton dijual pada harga RM13.90, boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari Lipton Facebook Page di www.facebook.com/LiptonMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 12:55 PM