AKSI seorang pelumba bot pam.
AKSI seorang pelumba bot pam.
Oleh Khalid Latip

Daro: Deruman enjin jet ski yang dipandu laju merentasi jajaran Sungai Daro memecah keheningan di sekitar kampung Badong, di sini.

Melihat aksi anak muda kampung membelah permukaan sungai membayangkan betapa seronoknya mereka bersaing memacu jet ski masing-masing.

Begitupun, di sebalik semua itu, tiada siapa mungkin menyangka jet ski yang mereka gunakan itu adalah hasil kerja tangan sendiri, bukannya jet ski biasa yang boleh ditemui di pusat peranginan.

Lebih menarik, jet ski berkenaan dibuat dengan hanya menggunakan bahan terpakai dan dijual pada harga semurah RM500 saja.

Malah, pembuat jet ski berkenaan, Mohd Musa Mohd Aziz, 32, yang digelar ‘pakar jet ski kampung’ juga adalah seorang yang buta huruf dan tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:26 AM