TIGA motosikal terbakar di tempat letak motosikal Kompleks Galeri Seni. FOTO ihsan Bomba

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Tiga motosikal di tempat letak motosikal berkunci di Kompleks Galeri Seni, Jalan Trus di sini, terbakar, kira-kira 6 pagi tadi.

Tiga motosikal yang dikenal pasti jenis Yamaha 100, Modenas dan Suzuki RG Sport itu, terbakar keseluruhannya dipercayai akibat unsur khianat.

Lapan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nazaruddin Yusof dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru yang tiba di tempat kejadian pada 6.29 pagi mendapati keseluruhan motosikal sudah terbakar.

Kebakaran dapat dikawal kira-kira enam minit kemudian sebelum operasi ditamatkan pada 6.40 pagi.

Jurucakap polis Johor Bahru Selatan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 12:17 PM