MAYAT yang ditemui di lubuk air terjun Kampung Jangkar, Lundu.
MAYAT yang ditemui di lubuk air terjun Kampung Jangkar, Lundu.
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Kelvin Khoo


Kuching: “Saya terkilan kerana tidak sempat melihat dia menggenggam segulung ijazah yang dijangka November ini,” kata Hariah Eddi, ibu kepada Mohamad Alif Hamzah, 27, yang lemas di kawasan air terjun Kampung Jangkar, Lundu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Mohamad Alif dan rakannya, Ahmad Hafriz Marzuki, 27, dipercayai tergelincir ketika berada di aras tertinggi air terjun itu.

Difahamkan, kedua-dua mangsa pergi berkelah di situ bersama enam rakan lain dan mereka dipercayai terjatuh daripada ketinggian kira-kira 30 meter.

Mayat Mohamad Alif ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 7 malam kelmarin manakala Ahmad Hafriz ditemui kira-kira jam 3 pagi semalam.

Hariah, 57, berkata, arwah ada menghubunginya Sabtu lalu dan mereka berbual seperti biasa dan saling mengingati supaya menjaga diri masing-masing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 9:17 AM