DIWALINEN menunjukkan kayu cuci kain yang digunakannya untuk melawan buaya.
DIWALINEN menunjukkan kayu cuci kain yang digunakannya untuk melawan buaya.
KANTA dengan kakinya yang berbalut.
KANTA dengan kakinya yang berbalut.

New Delhi: Dengan hanya bersenjatakan kayu pencuci pakaian, seorang ibu nekad bergelut selama 10 minit dengan buaya sepanjang empat meter untuk menyelamatkan anak perempuannya dari mulut buaya.

Diwalinen Vankar, 58, bersama anaknya Kanta, 19, sedang mencuci pakaian di Sungai Vishwamitri, 40 kilometer dari Vadodara di barat India apabila buaya itu menyambar kaki kanan remaja berkenaan dan cuba mengheretnya ke dalam sungai.

Diwalinen mencapai tangan anaknya untuk menyelamatkannya tetapi cengkaman reptilia itu amat kuat.

Diwalinen berkata: “Saya mengerah seluruh kekuatan menarik Kanta, tetapi buaya itu terlalu kuat. Saya dapat rasakan Kanta akan ditarik masuk ke sungai.”

Dia bagaimanapun tidak berputus asa dan nekad melawan buaya itu dengan menggunakan kayu pencuci pakaiannya.”

Untuk beberapa minit Diwalinen cuba menarik anaknya dan apabila dapat mencapai kayu itu dia mengetuk sekuat hati kepala haiwan berkenaan.

“Pada masa sama Kanta meraung kesakitan. Dia cuba berpaut pada tebing sungai tetapi tidak terdaya.

“Saya mengambil masa 10 minit memaksa buaya itu melepaskan anak saya,” kata Diwalinen. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 7:19 AM