Entah apa kriteria dilihat seorang wanita pada artis lelaki yang seorang ini pun, SS tak tahu. Apapun, yang pasti cinta pada dirinya umpama menukar baju.

Ini kerana, SS difahamkan artis lelaki ini sekarang sudah menemui cinta baru dan kisah dengan kekasih­nya pun hangat diperkatakan.

Namun, pada masa sama SS dimaklumkan seorang teman mengenai cerita cinta artis lelaki ini, kononnya dia sudah berbaik-baik semula dengan mantan kekasih.

Dah macam drama Asam Pedas Untuk Dia jalan cerita cinta artis lelaki itu yang SS dengar. Bukan apa, artis lelaki itu dah macam watak Ziyad pula, wanita di sini dia sayang dan yang di sana pun sayang juga.

Geleng kepala SS dibuatnya apabila mende­ngar kisah artis lelaki ini. Ada kalanya terfikir juga SS yang lagak artis lelaki itu dah macam ‘mat romeo’ gayanya.

Janganlah bersikap tamak dalam percintaan. Bukan apa, yang menjadi mangsa adalah wanita juga. Sana janji, sini pun dia janji, sudahnya siapalah wanita yang menjadi pilihan artis lelaki itu.

Apapun, kepada artis itu SS harap jangan terlalu rambang mata. Hidup manusia ini umpama roda.

Jangan pula nanti, SS diberitahu yang dikejar artis lelaki itu tak dapat dan dikendong­nya pula berciciran. Maka, jadilah artis lelaki itu si lebai malang.

SS: Soal cinta memang selalunya ada manis dan pahit, jadi buatlah pilihan yang terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 5:05 AM