GAMBAR fail menunjukkan tiga anggota polis wanita bertudung dalam satu upacara baru-baru ini.
GAMBAR fail menunjukkan tiga anggota polis wanita bertudung dalam satu upacara baru-baru ini.

Jakarta: Polis Indonesia semalam secara rasmi mengeluarkan arahan yang membenarkan anggota polis wanita pasukan itu memakai hijab.

Surat yang bertarikh kelmarin itu menyatakan perubahan terhadap sebahagian surat arahan bertarikh 30 September 2006 mengenai arahan pakaian seragam.

Surat itu yang ditandatangani pemangku Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti menyatakan beliau sudah menimbangkan pemakaian hijab secara khusus.

Sebelum ini anggota polis wanita hanya dibenarkan memakainya di lokasi tertentu.

Mantan ketua polis Sutarman sebelum ini juga menggalakkan anggotanya memakai tudung. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 8:55 AM