U Mobile buka pendaftaran di laman web.
U Mobile buka pendaftaran di laman web.

Syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), memperkenalkan pelan Apple iPhone 6 dan 6 Plus sekali gus menjadikannya syarikat telekomunikasi keempat di Malaysia selepas Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Maxis Berhad berbuat demikian beberapa bulan lalu.

U Mobile mula membuka laman pradaftar bagi yang berminat untuk mendapatkan iPhone 6 dan 6 Plus sehingga 16 Mac 2015 dan bakal pembeli akan menerima e-mel lanjut berkaitan tawaran ini pada 17 Mac 2015.

Syarikat terbabit dijangka akan mula menjual iPhone 6 dan 6 Plus pada tarikh 17 Mac.

Dari laman pradaftar ini, U Mobile menyatakan pengguna boleh memiliki iPhone 6 dan 6 Plus dengan kos terendah yang hampir pasti datang bersama kontrak satu atau dua tahun.

Ia turut memaklumkan pengguna pelan prabayar turut mampu menerima faedah memiliki iPhone 6 melalui U Mobile.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 11:20 AM