iPhone 7 Plus. FOTO AFP
iPhone 7 Plus. FOTO AFP
Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Empat syarikat telekomunikasi utama, Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) mengesahkan akan memasarkan telefon pintar terbaru, iPhone 7 dan 7 Plus pada 14 Oktober ini.

Pra tempahan telefon pintar terbaru Apple terbabit akan bermula 7 Oktober ini melalui laman web keempat-empat syarikat terbabit.

iPhone 7 bermula dengan harga RM3,199 manakala iPhone 7 Plus akan dijual bermula RM3,799.

Ia memperoleh beberapa penambahbaikan dari aspek pemprosesan, kamera, tanpa jek audio dan kini kalis air selain storan minimum kini 32GB.

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dilancarkan di Amerika Syarikat pada 12 September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 3:26 PM