KEADAAN pacuan empat roda setelah merempuh penunggang motosikal. FOTO Mohd Adam Arinin
KEADAAN pacuan empat roda setelah merempuh penunggang motosikal. FOTO Mohd Adam Arinin
Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Filipina maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Lintas Bukit Padang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, motosikal yang ditunggang mangsa Adjhal Arcy, dilanggar pacuan empat roda Toyota Hilux menyebabkannya melambung dan tercampak ke cermin hadapan kenderaan itu.

Difahamkan sebelum kejadian pemandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari Kelombong ke Taman Hilltop.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa masuk ke lorong laluan pacuan empat roda secara tiba-tiba menyebabkan pemandu kenderaan itu tidak sempat menekan brek lalu berlaku kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superintendan M Chandra ketika dihubungi sebentar tadi, mengesahkan kemalangan maut tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 September 2014 @ 7:22 PM