CHONG Wei Feng.
CHONG Wei Feng.
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Kejohanan Seluruh England 2015 dijangka lebih suram buat Malaysia tahun ini apabila pemain perseorangan, Chong Wei Feng menarik diri berikutan dibelenggu masalah kecederaan.

Wei Feng yang dijadual beraksi pada pusingan kelayakan bertemu pemain India, Anand Pawar berkata, dia tidak mahu mengambil risiko bermain di kejohanan Siri Super Premier pertama tahun ini.

“Saya sudah sembuh 80 peratus, tapi tidak mahu mengambil risiko yang mungkin memberi kesan teruk kepada kecederaan pangkal paha,” kata pemain perseorangan nombor dua negara itu.

Pemain kelahiran Sungai Petani itu berkata, dia mengambil keputusan menarik diri daripada kejohanan berkenaan sejak beberapa hari lalu kerana mahu berehat serta sembuh sepenuhnya.

“Sekarang saya berada di kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 7:01 AM