JENTOLAK yang terbalik ke dalam parit di Taman Cantek, Kota Kinabalu. FOTO ihsan Bomba
JENTOLAK yang terbalik ke dalam parit di Taman Cantek, Kota Kinabalu. FOTO ihsan Bomba
Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Seorang pemandu jentolak parah selepas jentera berat yang dibawanya tiba-tiba terbalik dan terjatuh ke dalam parit di Taman Cantek, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.17 pagi itu, mangsa berusia 30-an bagimanapun dilaporkan stabil selepas dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh orang awam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 9.20 pagi dan tiba dilokasi 10 minit kemudian.

"Kemalangan membabitkan jentolak milik Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK), yang terjatuh ke dalam parit.

"Bagaimanapun mangsa yang cedera diselamatkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama 13 anggota termasuk tiga anggota bomba dari Unit Rim dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat 9.40 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 11:41 AM