Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Kuantan: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh ibunya yang berusia 47 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Khairul Nizam Zainuddin, 20, dari dari Batu 8 Jalan Gambang di sini, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Khairul Nizam didakwa membunuh Hamidah Mat Zin di Wad 4C Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, kira-kira 9 pagi pada 7 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Noor Zaihan tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan dan memerintahkan kes disebut semula pada 17 Mac ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 12:45 PM