Oleh Asrizal Aris


Tapah : Seramai 17 penumpang warga India pekerja kontrak menara TNB yang menaiki bas sekolah cedera selepas kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik dalam kejadian di Batu 19 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini, 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas sendiri malah penumpang dan pemandu bas dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

"Dalam kejadian itu bas yang dipandu seorang lelaki dan membawa 19 penumpang dalam perjalanan dari Tapah menuju ke Batu 19.

"Setiba di tempat kejadian bas berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik," katanya.

Beliau berkata, 17 penumpang kenderaan terbabit dipercayai warga India yang bekerja kontrak menara TNB dilaporkan mengalami cedera ringan dan dibantu oleh orang awan mendapat rawatan di Hospital Tapah.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 2:33 PM