TUN Dr Mahathir Mohamad tersenyum melihat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Tan Sri Khalid Ramli (kiri sekal) beraksi seolah-olah berjabat salam dengan gambar 3D yang memaparkan wajah bekas Perdana Menteri itu di Art In Paradise Langkawi, di Oriental Village, Teluk Burau, Langkawi. FOTO Hamzah Osman

Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Muzium Lukisan 3D terbesar negara berharga RM17 juta di Oriental Village, Pantai Kok, di sini, kini dibuka untuk kunjungan umum.

Dikenali sebagai Art In Paradise Langkawi, muzium itu bakal menjadi antara tarikan utama pelancong ke pulau bebas cukai itu.

Muzium tiga tingkat yang dibahagikan kepada sembilan zon itu juga disahkan sebagai kedua terbesar di dunia.

Majlis perasmian disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di perkarangan Oriental Village, hari ini.

Ketika berucap, Dr Mahathir berkata, muzium terbaru ini menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada dan ia memberi lebih banyak pilihan kepada pelancong ke Langkawi.

"Saya difahamkan muzium ini mempunyai lebih 200 lukisan dan disahkan sebagai muzium 3D terbesar di Malaysia dan kedua di dunia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 4:47 PM