Meskipun dua kali bercerai, Sean Penn tidak pernah serik untuk berumah tangga lagi. Penerima Anugerah Oscar itu kini bertunang dengan Charlize Theron.

"Saya pernah berkahwin dua kali tetapi keadaan ketika itu dan sekarang tidak sama. Andai ada jodoh saya dengan Charlize, saya tidak akan menganggap perkahwinan ini adalah kali ketiga buat saya.

"Majlis perkahwinan saya semuanya mengikut tradisi. Justeru tidak timbul istilah kali pertama, kedua atau ketiga.

"Kehidupan saya pun sudah jauh berubah. Pada tahap sekarang, perkahwinan saya dan Charlize adalah kali pertama dalam hidup saya," katanya.

Penn pernah berkahwin dengan Madonna pada 1985 namun hanya bertahan empat tahun. Kemudian dia bercerai dengan Robin Wright pada 2010 selepas 14 tahun bersama.

Aktor berkaliber ini mengaku berkawan baik dengan bekas isteri pertamanya.

"Selepas bercerai dengan Robin, hubungan kami kurang baik. Saya tidak tahu mengapa jadi begitu tetapi dengan Madonna saya tidak ada masalah. Kami masih rapat dan dapat keluar minum bersama.

"Saya sendiri tidak menyangka boleh jatuh cinta dengan Charlize pada usia 53 tahun. Berdasarkan hubungan keruh dengan Robin, saya fikir tidak mungkin jatuh cinta lagi," katanya yang sudah setahun bersama Charlize.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 5:01 AM