Oleh Asmah Rusman

Kajang:Polis melumpuhkan satu sindiket dadah didalangi warga Pakistan dalam serbuan di premis yang dijadikan stor simpanan mereka di Bandar Teknologi Semenyih, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 1.30 petang itu, seramai 13 individu termasuk enam warga Pakistan ditahan bersama 55 kilogram dadah berkualiti tinggi jenis heroin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya.

Serbuan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, bersama Pasukan Taktikal Khas Risikan Narkotik (STING).

Difahamkan, dadah itu dijumpai tersorok dalam kabinet perabot yang baru tiba dari negara Pakistan menggunakan kontena.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 4:45 PM