Oleh Norhayati Nordin


Lagu seperti Harus Terpisah, Setelah Kau Tiada dan Mengingati Dia cukup membuatkan peminat muzik tanah air mengenali gerangan pemilik vokal lunak itu.

Siapa lagi kalau bukan Cakra Khan dari Indonesia.

Pemilik nama sebenar Cakra Konta Paryaman, 22, ini ternyata seorang anak seni bertuah. Dianugerahkah vokal serak basah, Cakra berjaya memikat hati jutaan peminatnya.

Meskipun kini populariti dalam genggamannya sama ada dalam kalangan peminat di Indonesia mahupun Malaysia, Cakra tetap merendah diri.

Baginya, dia masih baru dan belum hebat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 5:04 AM