Kuala Lumpur: 1MDB mengesahkan ia kini sudah menebus sepenuhnya dana berjumlah AS$2.318 bilion (RM8.17 bilion) yang dilaburkan syarikat berkenaan dalam dana berdaftar di Cayman Island.

1MDB dalam kenyataannya berkata, dana berkenaan berasal daripada pembayaran semula pinjaman diberikan kepada PetroSaudi pada 2011 dalam bentuk nota Murabaha berikutan pembatalan perjanjian untuk menyertai syarikat usaha sama.

Nota berkenaan dibayar semula sepenuhnya berserta faedah yang kemudiannya dilaburkan dalam satu kumpulan wang di bawah penyeliaan Cayman Monetary Authority.

1MDB sebelum ini menebus AS$1.21 bilion (RM4.26 bilion) yang mewakili 60 peratus dana yang dilaburkan dan kini membuat penebusan tambahan sebanyak AS$1.10 bilion (RM3.9 bilion) daripada AS$2.31 bilion (RM8.17 bilion) jumlah sebenar yang dilaburkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 5:05 AM