Oleh Ainul Fatihah Mansor


Putrajaya: Satu bilik gerakan sudah dibuka di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kelantan yang berperanan sebagai Pasukan Khas bagi menyiasat segala aduan dan maklumat mengenai penyelewengan serta salah laku dalam pengurusan dana dan tabung banjir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, selain SPRM, Pasukan Khas itu turut dianggotai oleh wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Audit Negara.

"Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali.

"Selain itu jawatankuasa ini juga akan membantu kerajaan dalam memastikan pengurusan tabung dan dana yang telus serta teratur dan sampai kepada mangsa banjir," katanya pada sidang media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 4:32 PM