JESUS sandaran pasukan selepas ketiadaan Aguero. FOTO Reuters
JESUS sandaran pasukan selepas ketiadaan Aguero. FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Kehadiran Gabriel Jesus disifatkan sebagai tepat pada masanya apatah lagi Manchester City sedang memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan, tetapi sebelum itu mereka perlu menang ke atas Crystal Palace pada pertemuan di tempat sendiri malam ini.

Penyerang Brazil berusia 20 tahun itu sudah membuat dua penampilan sejak sembuh daripada kecederaan kaki yang dialaminya di Bournemouth, Februari lalu.

Selepas jaringannya dibatalkan ketika seri 0-0 dengan Manchester United, dia tampil menyamakan kedudukan pada perlawanan yang menyaksikan City seri 2-2 di Middlesbrough minggu lalu.

Ketika Sergio Aguero masih belum cergas akibat masalah pangkal paha, peluang untuk Jesus turun selaku penyerang utama malam ini sangat cerah.

City hanya memiliki kelebihan satu mata di atas pasukan di tangga kelima Manchester United yang akan bertandang ke Arsenal esok dan pengurus Pep Guardiola sedar mereka tidak lagi boleh melakukan sebarang kesilapan di sepanjang baki empat perlawanan musim ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:16 AM