MARIAM (berpakaian hitam) dan sebahagian daripada 38 anaknya.  FOTO Agensi
MARIAM (berpakaian hitam) dan sebahagian daripada 38 anaknya. FOTO Agensi
Agensi

Kampala: Seorang wanita berusia 37 tahun yang menetap di Kampung Kambimbiri di daerah Mukono, Uganda, dilapor melahirkan 38 anak sepanjang 23 tahun lalu.

Penduduk kampung memberi gelaran Nalongo Muzaala Bana yang bermakna ‘ibu pasangan kembar yang melahirkan kembar empat’ kepada wanita itu, Mariam Nabatanzi Babirye.

Mariam memiliki enam pasang kembar, empat pasang kembar tiga, tiga pasang kembar empat dan dua anak yang dilahirkan seorang.

Meskipun mempunyai anak yang ramai akan mengejutkan ramai orang, ia tidak kepada Mariam. Menurutnya, melahirkan anak ramai bukan asing bagi keluarganya.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan, Mariam berkata: “Bapa saya mempunyai 45 anak dengan beberapa isteri dan sebahagiannya pasangan kembar lima, kembar empat, kembar tiga dan kembar dua.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 5:38 AM