FOTO ihsan polis
FOTO ihsan polis
Mohd Rizal Abdullah


Simunjan: Seorang wanita maut apabila dirempuh sebuah motosikal ketika berjalan pulang dari menghadiri program Majlis Tilawah al-Quran di sebuah masjid dalam kejadian di Kampung Lot di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu,Mangsa, Rosni Ali,47, disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Simunjan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, mangsa dirempuh dari arah belakang oleh sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 20 tahun.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa tercampak ke tengah jalan, manakala penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan.

"Mangsa sedang berjalan pulang ke rumah selepas selesai menghadiri Majlis Tilawah al-Quran di Masjid Kampung Lot," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 1:13 PM