AZIZULHASNI meraikan kemenangannya. FOTO Reuters
AZIZULHASNI meraikan kemenangannya. FOTO Reuters
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila memenangi acara keirin di Kejohanan Trek Dunia di Hong Kong, hari ini.

The Pocketrocket Man muncul atlet negara pertama memenangi emas Kejohanan Trek Dunia.

"Selama 10 tahun saya menanti saat ini, akhirnya berjaya menjadi Raja Keirin.

"Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya muncul juara," katanya.

Pemenang gangsa Olimpik Rio itu mempamerkan kayuhan bertenaga di pentas final untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

Perak dimenangi pelumba Colombia, Fabian Puerta Zapata manakala gangsa milik Tomas Babek dari Republik Czech.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 9:55 PM