KAWASAN Cappadocia yang dipenuhi dengan belon udara panas. FOTO arkib NSTPEMAIL / RIZAL
KAWASAN Cappadocia yang dipenuhi dengan belon udara panas. FOTO arkib NSTPEMAIL / RIZAL
AP

Istanbul: Seorang pelancong maut dan 20 lagi cedera selepas belon udara panas terhempas berhampiran destinasi pelancongan popular di negara ini.

Agensi berita nastional, Anadolu Agency berkata, beberapa belon udara panas berlepas hari ini di kawasan Cappadocia bagi membolehkan pelacong menyaksikan keindahan pemandangan kawasan bersejarah itu.

Namun, satu daripada belon udara panas terkena wayar elektrik voltan tinggi ketika dalam penerbangan turun sebelum terhempas.

Identiti pelancong yang meninggal dunia belum dikenal pasti. Mangsa cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapat rawatan lanjut.

Cappadocia adalah destinasi pelancongan yang popular dan terkenal dengan pembentukan batu gunung berapi, bandar bawah tanah dan gereja diukir ke lereng bukit.

Februari lalu, pelancong Denmark maut di Cappadocia apabila belon udara panas membuat pendaratan manakala, 49 orang cedera apabila tiga belon membuat pendaratan ketika angin kencang pada Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 3:28 PM