IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Farah Suhaidah Othman


Kampar: Jari hantu tangan kiri kanak-kanak 12 tahun tercucuk jarum mesin jahit di sebuah kedai jahit di Plaza Keranji, Jalan Pasar, di sini, pada 3.55 petang, hari ini.

Kanak-kanak perempuan 12 tahun terpaksa menahan sakit lebih 15 minit sebelum anggota bomba dapat melepaskan jari hantunya.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar, Mokhtar Sudin, berkata pihaknya segera ke lokasi sebaik menerima maklumat daripada ibu kanak-kanak itu pada 3.59 petang.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati jari hantu tangan kiri kanak-kanak itu tercucuk pada jarum di mesin itu.

“Kanak-kanak itu menangis. Anggota perlahan-lahan mengeluarkan jarum daripada mesin berkenaan menggunakan pemutar skru.

"Anggota bomba kemudiannya menghubungi pihak ambulans bagi membolehkan jarum itu dikeluarkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mokhtar berkata, mangsa dihantar ke Hospital Kampar dengan menaiki ambulans dan operasi tamat pada 4.16 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 6:51 PM