GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Seorang anggota tentera ditahan polis, semalam berikutan memeras ugut 24 calon perajurit muda di Mambau, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri Senior Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 30-an yang berkhidmat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, dekat sini ditahan di rumahnya jam 3.30 pagi.

Katanya, pada kejadian 3.15 petang kelmarin, 24 calon yang baru tiba di Stesen Kereta Api Seremban dibawa suspek menaiki sebuah van untuk dihantar ke PUSASDA.

"Bagaimanapun semua mangsa diugut supaya menyerahkan wang serta telefon bimbit sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Jalan Pantai, di sini.

"Polis menerima laporan menjalankan siasatan lanjut dan menahan suspek. Beberapa lagi lelaki berkaitan akan ditahan dalam masa terdekat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 12:53 PM