PENGGANTUNGANNYA jejas persiapan Argentina ke Piala Dunia 2018.
PENGGANTUNGANNYA jejas persiapan Argentina ke Piala Dunia 2018.
AFP

Buenos Aires: Pasukan ranking nombor satu dunia Argentina berdepan risiko gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1970 selepas penggantungan Lionel Messi dan kekalahan memalukan di tangan Bolivia.

Nasib juara dunia dua kali itu semakin tidak menentu ketika Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) menamakan pegawai eksekutif baru, semalam.

Mereka diberikan tanggungjawab menamatkan kemelut tiga tahun permainan itu di Argentina, namun penganalisis menyatakan pelantikan itu dipengaruhi politik.

Kekalahan kepada Bolivia mencetus khabar angin dalam kalangan media tindakan pertama pengurusan baru AFA adalah memecat jurulatih Edgardo Bauza.

Namun ia mungkin terlalu lewat untuk memastikan La Albiceleste berada dalam penerbangan ke Russia untuk memukau peminat seluruh dunia pada Piala Dunia tahun depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 4:49 AM