HM Digital

Tuaran: Polis menembak mati penjenayah yang dikehendaki dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Sri Gayang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam, lelaki berusia 40-an itu dikatakan mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis yang terdahulu melakukan serbuan di taman perumahan berkenaan.

Bagi mempertahankan diri, anggota polis yang terbabit kemudiannya melepaskan tembakan lalu terkena tubuh lelaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil tinjauan di lokasi berkenaan, polis turut menemui sepucuk pistol yang disyaki digunakan penjenayah terbabait ketika kejadian itu.

Sepasukan anggota dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kini berada di lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu dikehendaki polis kerana terbabit dalam beberapa jenayah berat.

Sidang media kejayaan polis itu dijangka dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din pada petang esok (Jumaat).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 12:36 AM
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ke atas mayat penjenayah yang ditembak mati malam tadi.
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ke atas mayat penjenayah yang ditembak mati malam tadi.